KAABAH SAKSI PERTEMUAN DUA BERADIK AYU

 










            Pagi 21 Disember 2022, usai solat Subuh di Dataran Kaabah, saya menunggu adik beradik AYU,  Panitia PAI Menengah .Beliau adalah Ustazah Suzilawaty dari Terengganu.  Kami dah atur pertemuan pertama secara bersemuka, setelah masing-masing maklum , datang ke Mekah pada tarikh yang hampir sama . Sebelum ini dalam meet n streamyard sahaja kami bertemu kini secara berdepan.. Tak sabar nk jumpa Su. Alhamdulillah, pertemuan yang dirancang akhirnya menjadi kenyataan.Memang seronok sangat dapat jumpa Su. Sebelum ini jumpa  di alam maya sahaja. Kali ini betul-betul bersemuka. Terasa akrab sangat walaupun kali pertama bersua. Rasa macam dah lama kenal. Kami berborak seperti kawan yang sudah lama tak jumpa.Inilah dia ukhuwwah yang tercipta bermula dari Akademi Youtuber Malaysia (AYU). 




      Di Madinah,  sekali lagi kami bertemu, sehari sebelum pulang ke Malaysia. Su kurang sihat, tapi masih bersemangat untuk berjumpa sekali lagi .Masya Allah , terasa sangat tautan ukhuwwah adik beradik AYU. Doa untuk adik beradik AYU di Malaysia juga tidak lupa saya titipkan. Semoga ukhuwwah ini akan terus berpanjangan hingga ke syurga. Amiin


"Ya Allah ya Rahman Ya Rahim.. Jemputlah kami ke rumah Mu lagi ya Allah "

2 Comments

Previous Post Next Post